|
|
| Thursday, 29-Oct-2009 14:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dah Bersaraaaaaaa.....
|
|
Pada 27 hb Oktober 2009.....hari terakhir kak rus berkhidmat sebagai GB di SKST.Pagi-pagi lagi kak rus kena pergi PPD Kuala Muda/Yan.Kak rus kena bawa buku-buku akaun sekolah utk disemak dan yang berdebak-berdebuk kak rus kena berucap di depan PPD dan khalayak pegawai dan staff diPPD,KMY.Menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan dengan peristiwa tersebut.Pengalaman berdepan dgn guru,ibu bapa dan murid-murid malah kemesraan Tuan Hj. Ismail bin Shaidan dan kakitangannya di PPD membuatkan perasaan debuk-debak itu hilang.....terasa besar hati apabila dihormati dgn kata pujian...kemudian kak rus dijamu makan......mmmmm pagi-pagi lagi dah dijamu dgn hidangan makan tengahari Tn Haji belanja...Terima kasih ....sekali lagi.Kemudian berpatah balik ke pejabat PPD untuk berurusan dgn Puan Hamidah..Pegawai Akaun/Kewangan......lama juga dok kat situ.
Bila selesai kak rus diarah balik ke rumah kerana PK1 dan PK Petang nak datang menjemput utk dibawa ke sekolah.......dah ramai GB(rakan-rakan kak rus) menunggu kak rus di pejabat .Perarakan dgn paluan kompang oleh murid-murid kak rus dari pasukan kompang(9 murid India 1 murid Melayu)....mmmmm...bolehlah.
Alahai sebak dan pilu rasa hati bila dirai begitu....lebih sebak bila kata-kata pujian drpd Pengerusi Bilik Guru-En.Ong Tack Boon,YDP PIBG En.Subramaniam,Ketua Murid-Mishelle dan Pengerusi MGB-En.Nordin bin Man berucap.Kak rus tak dapat berucap panjang kerana suara dah tersekat-sekat...air mata dah bergenang .
Persembahan demi persembahan dipertunjukkan....hadiah demi hadiah diserahkan...alahai.....kak rus dah BERSARA......Kak rus di hantar pulang tapi pada pukul 2.45 ptg sekali lagi Penyelia Petang En.Md. Fauzi bin Yahaya datang pula menjemput kak rus kerana ada lagi majlis khas dari murid sesi petang...terkedu hati kak rus bila mereka mempersembahkan lagu nyanyian Sudirman...tak ingat lagu apa...tapi pilu habis.....Cikgu-cikgu petang menjamu selera dgn hidangan Mee Udang dan Kuih badak....sedap sangat....Terima kasih semua warga SKST....tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat............
Malamnya Kelab Bilik Guru meraikan kak rus dgn jamuan Dinner kat Swiss Garden
Besoknya 28hb Oktober 2009 kak rus ke sekolah sekali lagi wlp sebenarnya bukan lagi hari bekerja kak rus.Hari ini genaplah usia kak rus ke 56 tahun.....kak rus buat jamuan balasan kepada GB-GB,guru-guru dan beberapa tetamu...nak buat kat rumah suami pulak tak dak tak balik lagi dari Padang....jadi buatlah saja kat sekolah.Cik Sheena guru BI menghadiahkan kpd kak rus kek harijadi untuk ditiup lilinnya.... 3 kali potong kek untuk birthday kak rus tahun ini.TQ very much Cik Subashsheena.....kenangan bersama kalian semua guru dan staff di SKST tak mudah kak rus lupa..akan tersimpul mati,terpahat berseri dalam hati dan sanubari kak rus...huhuhuhu......sampai habis nyawaku........
Bye...bye.....Terima Kasih
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Oct-2009 01:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sarapan Pagi
|
|
Hidangan ringkas sarapan memandangkan suami kak rus pun tiada.Minggu sudah kak rus ke UITM Syah Alam kerana Majlis Konvokesyen anak dara kak rus.Selesai majlis kak rus ke The Curve....tak pun ke IKEA sebab takut tak sempat kerana kak rus kena bertolak ke lapangan terbang pukul 6.00 petang......alahai.Tapi kak rus sempat ke LQ di The Curve ......cantik-cantik barangannya...kak rus tergoda dgn sofa yang dipamerkan...tapi harganya... Selepas suami kak rus menghantar kak rus dia terus ke KL kerana besok petangnya dia akan ke Padang dengan misi bantuan bersama Mercy(suami kak rus jadi ahli seumur hidup).Bila kak rus suarakan hajat nak bersama ke Padang selepas bersara ni....suami kak rus cakap nak ikut boleh tapi kena hadiri kursus dulu.....mmmmmm...
Pagi ini kak rus menghidangkan Nasi Lemak bersama Gulai Kacang + Udang,sambal tumis sotong kembang....hidang alas ngan daun pisang untuk makan sendiri.Adik kak rus yang OKU tu tak bangun lagi....
Semalam kak rus buat bubur nasi...orang Kedah sebut moi....
Sebelum tu...bila masuk rumah Raidah....teringin nak buat Nasi Mandhi....kertas aluminiam foil pula habis...jadi batalkan hajat.... kak rus buat mihun goreng.....
Bye.....bye....Terima kasih
|
|
|
|
|
|
| Friday, 23-Oct-2009 14:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Acara di Sekolah
|
|
Pada 11 Oktober yang lalu sekolah kak rus mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang.Kak rus cuma boleh ambil gambar-gambar ini sahaja.
Memandangkan bulan ini bulan terakhir kak rus berkhidmat di sekolah ini kak rus rasa sayu sangat meninggalkan murid-murid kak rus yang memerlukan hak untuk dididik sebaiknya, hak sebagai murid sekolah tahap 1 dan tahap 2.Kebanyakan anak murid kak rus terdiri majoritinya murid-murid dari keturunan India.
Satu lagi majlis yang dilancarkan sebelum bercuti Deepavali ialah majlis penyerahan duit sempena Hari Deepavali.Kak rus begitu teruja dengan guru-guru India di sekolah kak rus yang berusaha mengumpul dan mencari penderma untuk serahan duit Deepavali ini kepada anak-anak murid kak rus.Semua murid tak kira india,Melayu,Cina dan lain-lain bangsa bergembira dan kelihatan ceria sebelum dan selepas majlis ini.Hari Jumaat mereka akan mula bercuti menyambut Deepavali hingga 19.10.2009.Terima kasih Puan Manjeet Kaur, Pn. Kavitha, Cik Sheena,Pn.Kanaga,Cik Valarmathi dan Encik Devindran.Happy Deepavali..............
Minggu hadapan bermula 25.10.2009 mereka akan menduduki Peperiksaan Akhir Tahun dan UPTL untuk murid-murid tahun 5.Berusaha selalu agar berjaya....sikit usaha sikitlah dapat...banyak usaha banyaklah dapat...inilah ungkapan kata-kata nasihat yang selalu kak rus peringatkan kepada mereka.
Bye...bye...Terima kasih
|
|
|
|
|
|
| Friday, 16-Oct-2009 01:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kurma Sayuran
|
|
Teringin sungguh kak rus nak makan masak kurma ni....kurma sayuran.Selalu dok pekena kurma ayam ,kurma daging or kurma telur.Semalam bila dok selak buku resepi lama terjumpa keratan resepi ni...resepi dari Majalah Wanita...sedap juga pasal guna sayur-sayuran saja....
Bagi yang ingin mencubanya
[b]200gm bunga kubis
2 biji ubi kentang dipotong dan digoreng
1 biji capsicum hijau
sayuran lain seperti carrot,buncis,kubis,terung,celery dll
2 biji tomato 1 labu bawang besar dibelah
2 biji cili merah dibelah
1 cawan santan
3 sudu besar minyak
1/2 mangkuk yogurt
1/2 kiub pati perasa ayam(kak rus tambah)
Rempah untuk dikisar
1 inci halia
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
10 biji gajus
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam/putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar garam masala(kak rus guna serbuk rempah kurma)
1 sudu teh jintan manis
Semua bahan ini dikisar dgn sikit air
Cara membuatnya
Pijarkan minyak tumis rempah yang dikisar sampai naik minyak.Masukkan sayuran-sayuran yang disiapkan tadi.Masukkan santan,garam,perasa ayam dan yogurt.
Bila cantik naik minyaknya....boleh dihidangkan.....[/b
[b]Apa Salah Kek yang kubuat?????
Malam Ahad yang lalu kak rus membakar sebiji kek untuk jamuan staff dan jaga di pejabat.Kak rus buat kek Prune berwalnut yang dipelajari drpd chef Liza...yang jadi duta Minyak Daisy tu.....apa kesalahannya kak rus tak tahu...kek kak rus tenggelam di bahagian tengah....rasanya sedap yang amat...jadi kak rus cuma membawa potongan kek tersebut dibhg tepi....Hairan juga....dah berpuluh-puluh tahun kak rus buat kek tak pernah pun jadi macam gini tapi apa pun mungkin risalah di bawah boleh memberi jawapannya...hehehehehe.......
Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.
Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.
Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
1. Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.
2. Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
3. Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
4. Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
5. Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.
Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?
Masalah Yang Sering Dihadapi
Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.
- Kek Terlalu Lembap dan Leper
* Terlampau banyak cecair.
* Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
* Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
* Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
- Kek Merekah di Atas
* Ketuhar terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
* Kekurangan cecair.
* Acuan tin terlalu kecil.
- Kek yang Mendap di Tengahnya
* Ukuran acuan tin tidak betul.
* Sukatan bahan tidak tepat.
* Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
* Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
Semoga kek anda menjadi..
Bye...bye...Terima Kasih...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Oct-2009 07:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nasi Lemuni
|
|
Jari jemari kak rus dah nampak surut bengkaknya dan lebamnya dah tiada.Walaubagaimanapun jari hantu yang tengah tu terasa kebas pulak....tak palah kot pasal setiap petang Isnin dan Rabu kak rus terpaksa ke HSAH kerana menjalani rawatan fisioterapi.Insyaallah...harap-harap pulih jari malah pulih semangat.Kak rus ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang mendoakan agar kak rus cepat sembuh.Doa kalian memberi kekuatan....Terima Kasihhhhh......
Pagi ni kak rus teringin nak makan Nasi Lemuni.....hidangan yang amat baik untuk awet muda.Baik untuk ibu-ibu yang baru bersalin tapi tak berapa baik untuk ibu yang mengandung.Ini pengalaman sendiri yang kak rus hadapi.Pada tahun 1988 kak rus melahirkan anak bungsu kak rus.Semasa mengandungkannya selalu kawan baik kak rus Puan Zoaini Haron membawa untuk menjamu kami dengan nasi lemuni.Kak rus pun apa lagi setiap minggu makan nasi lemuni ni.Bila bayi perempuan kak rus dilahirkan kulitnya gelap tak seperti 3 orang anak kak rus yang lain. Tapi bukan nasi lemuni saja yang menjadi kegemaran malah kak rus suka makan kek cokelat dan minum air kopi.Tu lah sebabnya mungkin kulit anak kak rus tu gelap sikit...Seeloknya orang berpesan kalau tengah mengandung elok diamalkan makan buah betik dan minum air soya.....kulit anak menjadi putih dan mata bercahaya....... Wallahuwaklam.......
Nasi Lemuni yang kak rus buat dihidangkan dengan sambal tumis ikan talang kering dan sambal tumis telur.....mmmm sedapnya.......Cara membuatnya sama ngan cara masak nasi lemak...cuma santan yang diguna dimesin dgn secekak daun lemuni kemudian ditapis.Masak macam kita masak nasi lemak halba....bolehlah cuba....ya.....Nak lagi sedap mesin sedikit halia,bawang putih dan bawang merah.....buh sekali....masak dalam periuk nasi elektrik.Jangan lupa serai diketuk,daun pandan disimpul,sedikit halba dan garam.......
Ini gambar pokok lemuni....Lemuni hitam...taklah hitam tapi hijau keunguan ,warna ungunya ketara di bahagian pucuk dan di sebelah belakang daun
Nama Tempatan: Lemuni
Nama Saintifik: Vitex Trifolia var Negundo
Nama Lain: Dangla, lagundi,lipuk, tigau,three leaves chaste tree,Indian Privet, Indian wild-pepper
Famili: Lamiaceae/Verbenaceae
Keterangan:
Lemuni ialah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter.Satu tangkai daun memegang 5 daunnya,dengan daunnya berkilat di bahagian atas.Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.
kegunaan:
Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin.Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air. daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.Lakukannya dua hingga 3 kali sehari.Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik.Di Malaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara.selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi.Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).untuk keterangan lanjut sila ke: http://www.herbmed.org/Herbs/Herb135.htm#Category25Herb135
Ini lagi gambar pokok lemuni
Bye...bye.....Terima kasih
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Oct-2009 02:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jari-Jemariku Sakit-Trigger Fingers
|
|
Hampir 5 bulan jemari kanan kak rus tak boleh nak genggam...jadi raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun lepas.....semua cookies dan juadah raya kak rus beli kecuali serunding daging dan rendang (kak rus buat sendiri).Gambar pun tak boleh nak fokus sebab sakit sangat....mana sempat dan elok saja yang kak rus editkan.pada 28.9.09 kak rus ke hospital kerana doktor kata nak bagi injection.Kak rus ingat injection ubat rupanya injection untuk memutuskan urat-urat putih tegang di jari kak rus.Doktor cucuk dan digodak-godak jarum tu di tapak tangan kak rus...alahai...tahan ajelah.4 kali cucukan........Doktor bagi MC selama 4 hari......
Hari raya pertama disebabkan ramai tetamu yag datang beserta saudara mara...kak rus hidangkan Soto...walaupun sebenarnya hidangan ini bukan milik orang Kedah.Tapi lemang dan ketupat kak rus wajib hidangkan.Kak rus diperkenalkan dengan hidangan Soto yang lazat ni semasa kak rus tinggal di Kem Penrissen,Kuching pada tahun 1980.
Sebelum tu kak rus tak pernah rasa keenakan Soto...orang Kedah selalunya kalau raya mesti nak hidang Laksa...tu dulu-dulu.Tapi sekarang kalau pi rumah terbuka...mmmmm macam-macam juadah seluruh negeri ada.
Kak rus masih ingat Soto pertama kali kak rus makan di rumah seorang ustazah kem(dah lupa nama ustazah ni-pastinya beliau orang Johor).Sedap sungguh rasa soto yang dihidangkan dan ketika tu kak rus mengandungkan anak sulung kak rus.....eh melalut la kak rus ni....nak cerita pasal jari yang sakit dah cerita pasal Soto Johor pulak.
Kak rus cuma sempat ambil gambar Pegedil sahaja....hehehe.Kali ini pegedil yang kak rus buat lebih firm......pasal kak rus campurkan serbuk roti dalam adunan kentang yang dilecek....lebih senang nak gentel dan tak lerai bila digoreng
Raya kedua kak rus hidangkan Laksa Utara dan Raya ketiga kak rus buat Lontong memang sedap hidangan Johor ni
Nasi impit yang tak direbus masih ada lagi....Nasi Impit Nona.........
Pagi ni kak rus bersarapan nasi impit ngan kuah kacang berdaging....ooi mak ooi sedapnya....lama tak buat kuah kacang berdaging resepi arwah mak kak rus ni....
Resepinya..kak rus pakai agak-agak aje....Arwah mak kak rus kalau buat kuah kacang ni tak buat mentah...arwah bonda akan menggoreng dahulu semua bahan mentah dengan sikit minyak spt bawang-bawang,cili kering,lengkuas,halia dan serai...lepas tu baru dimesin...lagi harum baunya...dan ditaruhnya belacan sedikit(belacan pun digoreng sama)
300 gm kacang tanah
200 gm daging dihiris halus dan direbus bersama sepotong halia
4 btg serai*
1 inci lengkuas dihiris nipis*
1 inci halia dihiris nipis*
1 senduk gula
3 sudu besar cili kering yang dah dimesin
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil biji ketumbar*
1 bj bawang besar dihiris*
3 ulas bawang putih*
kulit kayu manis
garam,minyak masak
air asam jawa.
1.Kacang digoreng,dibuang kulit ,1/2 dimesin halus dan 1/2 lagi ditumbuk kasar
2.Blend bahan-bahan bertanda* dan campurkan cili mesin
3.Tumis rempah yang dimesin bersama kulit kayu manis,bila naik minyak dan harum baunya masukkan kacang,gula,garam,daging rebus dan air asam(air asam dibancuh dgn air daging)
4.Rasa asam garamnya dan hidangkan bersama nasi impit....pasti sedappp....
Ini kuih raya yang masih tinggal....baru tangkap gambarnya...hari raya tak sempat nak tangkap.....nampak gambar tu sunyi dan sepi...pasal semua anak-anak dah balik ...tinggallah kak rus,suami kak rus dan adik kak rus Nur Fatimah yang down syndrom tu....yang rajin melipat kain.....Hari raya kali ini memang gempaq.....Ini semua gara-gara suami kak rus lupa...nyanyuk kot......Suami kak rus meletakkan kunci kereta anak kak rus di bonnet kereta yang akan diguna utk pergi ke mesjid.Bila pergi mesjid terbawa kunci kereta tu sekali dan entah di mana jatuhnya.....Bila balik dari mesjid...jenuh satu keluarga mencarinya....kunci spare pun tak jumpa malah kunci yang jatuh tu....2,3X melilau ikut balik jalan ke mesjid...mencari kunci....haram tak jumpa.
Takut tak lena malam tu kak rus panggil tukang kunci buat kunci lain untuk kereta Myvi anak perempuan kak rus.....terbanglah RM850......Nasib baik bukan kereta Honda City kak rus kalau tidak...ribu-ribu lah habis hari raya hari tu....pasal kunci kereta Honda City lain drpd kunci kereta yg ka rus pernah pakai.Inilah peristiwa yang menyebabkan apa satu gambar pun tak sempat kak rus nak snap.....Nasib baik persediaan buat soto dibuat lebih awal...kalau tidak...loponglah makan ketupat dan lemang sajalah jawabnya.
Ini pula hidangan semalam.....Nasi Bawang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah dan Papadom....nak tambah lagi satu hidangan iatu kerabu timun dan nanas..mmm... ...tak jadi buat...suami kak rus tak ingat langsung nak beli nanas yang kak rus pesan...tak apalah...bukan ada siapa pun di rumah.Namanya Nasi Bawang....masaknya lebih kurang masak Nasi Minyak cuma ditambah bawang besar,bawang putih dan halia yang dimesin halus....kak rus masukkan sedikit saffron/kuma-kuma yang kak rus beli kat Mekah....tak perlu buh susu.Kak rus guna beras basmathi.....boleh cuba kalau nak resepi nanti kak rus perturunkan.
Hari ini kak rus buat Nasi Siam pula....memandangkan beras Basmathi masih ada....ini gambarnya...Resepi ingat-ingat lupa daripada kawan baik yang lama tak jumpa...Puan Zoaini Haron....apa khabar agaknya....harap sihat sejahtera selalu........Nasi ini yang kata Nasi Siam tu pasal dibubuh daun limau purut.Potongan isi ayam direbus dengan sedikit kunyit,serai yang diketuk,halia dan daun limau purut.Sepatutnya bila dihidang tak perlulah tabur kacang pine tu(dah jadi nasi Turki lah pulak) Tapi disebabkan kalau tak guna kacang pine tu tak habislah nanti....mahal sunguh kacang pine yang kak rus beli kat Mekah hari tu....Kak rus hidangkan dengan kari ayam dan air asam....air asam ni untuk cicah ngan ketulan isi ayam yg direbus dan dituangkan ke dalam beras semasa masak nasi tadi......
Bye..bye..Terima Kasih
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Sep-2009 12:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hidangan Berbuka Puasa Lagi
|
|
Sebelum berceloteh panjang...meh ambik dulu kad raya kak rus ya...
Kad raya ambik kat rumah Ika Thailand...TQ
kad raya Ummi....TQ
Kad drpd Nani...TQ
Kuih Harum manis yang kak rus berkenan bila masuk rumah Zana.....Balik pukul 5.00 ptg terus buat....pisang yang kak rus guna pisang emas yang dah ranum...tu agaknya jadi lecur pisang tu...hentam la.....cuma kak rus tambah susu sikit pasal bila kak rus adun untuk 1/3 adunan tu nampak pekat....akan buat lagi sedap meamng harumnya manis....TQ Zana dan orang sumber Zana....
Kak rus copy & paste dari blog Zana.....kak rus tambah susu cair sikit..
Ingredients:- (38 pieces)
200 g gula melaka
240ml water
3 medium eggs
135g suagr
1 tsp vanilla essence
240g plain flour
1/2 tsp baking powder
3/4 tsp bicarbonate of soda
1/4 tsp salt
(sieved together)
40g melted butter
6-7 nos. pisang rajah
Method:-
1. Boil gula melaka together with water till melt. Filtered and put aside.
2. Beat eggs, vanilla essence and sugar till fluffy. Add in flour bit by bit and stir well.
3. Add in melted butter together with gula melaka syrup and stir well.
4. Brush mould with butter. Pour some mixture till half of mould. Add in slices of bananas onto the mixture.
5. Steam for 15-20 minutes. Cool first before take out from mould.
Sources:-Rozzan shared recipes
Hidangan lain hari tu...dalca,sotong goreng tepung,kerabu timun dan nanas
Tak larat nak taip dah.....
dan lagi....
Bye...bye....Terima Kasih
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Sep-2009 07:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kad Raya Kawan-kawan dan ambil kad raya kak Rus
|
|
Semua yang kunjung ke FP kak Rus harap dapat bawa balik kad raya yang tak seberapa ni.......Bawa balik ya........
.Ini kad drpd rumah Madiha...TQ
kad raya Ida...TQ
Kad raya Kurie...TQ
Kad raya drpd Amal...TQ
Kad raya drpd Shaza...TQ
Kad raya drpd Meorjay...TQ
Kad drpd Intan KL...TQ
Kad drpd Mamasya.....TQ
Kad drpd Nur...TQ
Kad drpd Cikgu Zana....TQ
Kad raya drpd Zai....TQ
Kad drpd Hanieliza.....TQ
Kad drpd Baayah...TQ
Kad drpd CT....TQ
Bye..Bye..Terima Kasih
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Sep-2009 12:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Macam-Macam Nak Rasa
|
|
Macam-macam kak rus nak rasa di bulan-bulan puasa ni.Kalau dulu balik kerja pukul 5 dah kalah tak akan masak.....perangat pun tak larat tapi alih-alih setiap kali bulan puasa datang rajin pula mengatur hidangan.Macam-macam nak masak...Antaranya kak rus teringin nak masinkan mulut dgn hidangan Lobak Masin Goreng sama Telur dan Kacang....mmmm sedap.Suami kak rus pun sama hari-hari mau pula dia buat sambal belacan....tak buat sambal belacan dia buat air asam...bertuah badan....Hai...bulan puasa ni bukan nak kurangkan berat badan tapi mambina badan pulak....
Sebelum tu meh ambik bawa balik kad raya ni....
Kemudian teringin pulak nak makan Rasam Ikan Kering Pecah Telur.....mmmmm....lagi sedap...... .Makan ketika hujan...makan pulak ngan nasi panas-panas...elok pun ...buka puasa hari tu tup...tup..hujan turun.Bertambah lajulah kak rus makan......sedap sangat reasipi drpd arwah mak kak rus.........
Resipinya:
200 gm tulang ikan masin+isinya rendam dlm air beras pastu goreng.
1 biji telur
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu kecil lada hitam*
6 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
sedikit halia*
sedikit serbuk kunyit
Semua yg bertanda* ditumbuk/dikisar
Bahan tumisan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkal daun kari
1 sudu besar halba campur
5/6 tangkal cabai kering digunting
segenggam asam jawa diperah dgn 2 cawan air
garam dan serbuk perasa
1 biji tomato dibelah
daun ketumbar
minyak untuk tumisan
1.Tumis bahan tumisan mcm nak buat kari,dekat-dekat kuning masukkan cabai kering kemudian masukkan bahan kisar,serbuk kunyit dan sedikit air
2.Bila pecah minyak masukkan air asam,biarkan mendidih masukkan ikan kering.
3.Bila mendidih sekali lagi masukkan telur,kacau sebentar kemudian masukkan garam,daun ketumbar dan tomato.
Manisan pencuci mulutnya kak rus buat Buah Melaka Labu....mengancam sungguh...tapi tak boleh makan banyak pasal dah kenyang....tapi sedap bukan main lagi.
Menu hari seterusnya.....hairan mana mai kesungguhan nak masak walaupun tak larat,kak rus buat Lemak Sawi dan Ikan Bawal Masak Cili...mmmm....Masa balik rehat kerja kak rus kacau sagu....nak dihidangkan dgn kelapa putih....pun sedap...
Sagunya terlebih air sikit tapi tak mengapa jangan terlebih gula.Gula kena cukup-cukup sebab kalau kurang gula tak sedap pulak.....kalau lebih hai takut gantung kaki...hehehe...
Hari seterusnya...kak rus buat kerabu kacang kelisa,kari ikan kering ngan nanas dan sayur lemak pucuk labu dan buah labuuuuu....Gambar sambal belacan/air asam yg suami kak rus buat tiap-tiap hari tak ambil pun......sorry ya hubby........Siap dgn ulam dan ikan bakar.........mmmmmmmm....
Teringin makan lopes pulak....balut ngan daun pisang...rebus...sejukkan......
potong pulut tu dgn benang yang diikat di kaki meja....hehehe...gaulkan ngan kelapa putih yg dicampur sikit garam.....makan ngan sirap gula melaka...oh mak sedapnya.....
Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda:
1. MATA
Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin
sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid
berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan
hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak .
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5.BIBIR
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem
penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7.TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8.KULIT
Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
2. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin
yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
3. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
4. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
9.RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) SAKIT SENDI
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN .
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI .
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI .
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI .
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI .
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
11. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
12. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK .
Tanda sakit jantung.
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
13. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit
batu karang atau buah pinggang luka.
14. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
15. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
16. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
17. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
18. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
19. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
20. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.
Bye...Bye...Terima Kasih... [b]
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Sep-2009 02:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Kelmarin dan Semalam
|
|
Teruja nak buat cream puff dan udang butter....jadilah ia....tidak menghampakan semua resipi menjadi....syok habis...
Bertambah sedap kak rus guna daun kari dan daun kunyit dipotong halus..mmmmm.....
Menu Semalam
Kak rus berbuka sendirian semalam...suami berbuka di Sg.Lalang jemputan khariah dan anak lelaki kak rus ada reunion berbuka di Putrajaya...huhuhu...berbukalah dgn hidangan simple...kuihnya...cream puff (lebihan semalam) dan frozen kurma yg sedap dari Mekah....dan minum air Zamzam sahaja.
Fillingnya bukan cream tapi custard...mmmmmm...sedap astagfirullah........
Bye...bye...Terima Kasih
|
|
|
|
|